fbpx

Phuket dilanda banjir, banyak kawasan pelancongan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patong merupakan kawasan yang paling teruk terjejas. - Eakkapop Thongtub

BANGKOK – Hujan lebat semalaman tanpa henti  menyebabkan banyak kawasan di Phuket dilanda banjir dengan jalan-jalan raya ditenggelami air termasuk daerah pelancongan popular, Jalan Bangla di Patong, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Menurut laporan, hujan lebat malam Sabtu lalu telah menyebabkan bandar di pulau peranginan itu dinaiki air, manakala tanah runtuh berlumpur menyekat laluan di Kamala.

Orang ramai  yang berada di kawasan terjejas dibantu oleh pasukan penyelamat. Anggota polis telah diarah untuk mengawal lalu lintas di jalan-jalan utama seperti Jalan Thepkrasattri dan merentasi Bukit Patong di Jalan Phra Baramee.

Thepkasattri, Srisoonthorn, Patong, Kamala, Cherng Talay dan Pa Khlok merupakan kawasan yang paling teruk terjejas, demikian menurut  Pejabat Mitigasi dan Pencegahan Bencana  Wilayah Phuket.

“Semua pihak saling menghulurkan  bantuan. Di daerah-daerah kecil yang dilanda banjir, semua organisasi pentadbiran tempatan sedang membantu penduduk yang terjejas,” kata Gabenor Phuket, Narong Woonciew.

Sementara itu, laman berita The Phuket News melaporkan bahawa tanah runtuh di jalan pantai antara Kamala dan Patong telah menghalang lalu lintas selain jalan-jalan raya di Patong juga sebahagiannya ditenggelami air.

Air banjir di jalan-jalan bandar di pulau itu dilaporkan berada pada paras lutut dan di sesetengah tempat, ia bahkan mencapai paras pinggang.

Pejabat Pengangkutan Darat Phuket (PLTO) berkata, terdapat jalan-jalan di mana bas dan lori besar boleh melaluinya, namun kereta   dan motosikal diarahkan berpatah balik.

Selain itu, sebilangan kawasan turut mengalami gangguan bekalan elektrik disebabkan beberapa faktor.

Sebilangan tiang elektrik  dilaporkan tumbang ketika ribut melanda,  manakala sesetengah lokasi memerlukan kerja-kerja pembersihan. Ia menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dihentikan  untuk seketika.

Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI