fbpx

Inisiatif AGG perkasa perunding kewangan, takaful

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AZAM (dua dari kiri) menunjukkan anugerah yang diterimanya dalam satu majlis di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Inisiatif Azam Gemilang Group (AGG) memperkenalkan insentif khas gaji untuk perunding kewangan separuh masa sebanyak RM1,000 sebulan merupakan yang pertama diperkenalkan dalam industri takaful tempatan.

Pengarah Agensi Kumpulan, Nur Azam Zamberi berkata, langkah ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai individu daripada pelbagai latar belakang menceburi bidang tersebut.

Menurut beliau, syarikat mengunjurkan program yang dikenali sebagai Besmart itu bakal menarik minat 100 perunding baharu.

“Bagi menggalakkan penceburan lebih ramai perunding baharu dan memudahkan urusan di semua pihak termasuk pe­langgan, syarikat telah memba­ngunkan aplikasi pintar di te­lefon bimbit.

“Aplikasi tersebut membantu merekodkan semua aktiviti perunding kewangan dengan dipantau oleh pengurusan kanan AGG.

“Ia memudahkan urusan pentadbiran, meningkatkan motivasi bagi pihak perunding kewangan dan juga manfaat kepada pelanggan itu sendiri untuk mendapatkan maklumat terkini dan berkesan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Nur Azam menerangkan, syarikat telah melabur kira-kira RM20,000 untuk aplikasi yang dibangunkan oleh gabungan ­kreativiti anak tempatan melibatkan idea pemikiran dirinya yang memiliki latar belakang pendidikan dalam sains komputer.

“Aplikasi ini melibatkan sistem rekod pengumpulan mata (point) daripada setiap aktiviti yang dilakukan perun­ding kewangan.

 

“Setiap kali mereka bertemu individu (bakal pelanggan), menghadiri seminar dan latihan maka mereka akan mendapat mata untuk dikumpul dalam rekod peribadi masing-masing seterusnya mata tersebut boleh ditebus untuk mendapatkan imbuhan seperti wang tunai untuk pembelian barangan,” jelasnya.

Kejayaan syarikat dalam bidang tersebut telah diiktiraf dan berjaya menobatkan AGG me­nerima Anugerah Agensi Million Ringgit dan Agensi Superstar dalam satu majlis awal bulan ini.

Selain itu,  anugerah tertinggi yang dirangkul AGG pada acara berkenaan adalah anugerah khas dan pertama seumpamanya iaitu Best Digital Agency sebagai pengiktirafan kepada agensi yang paling moden digital dalam membantu pembangunan agensi dan pelanggan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI