fbpx

BDB bersedia tangani risiko banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kerja-kerja pembersihan parit yang dilaksanakan.

PETALING JAYA – Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikatnya, BDB Synergy Sdn. Bhd. menyediakan pelan awal sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di sekitar kawasan projek naik taraf dan pemasangan jajaran paip baharu Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd. Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, selain pembinaan LRA Pelubang, kerja pemasangan paip air sedang giat dijalankan di tiga jajaran kawasan iaitu Sungai Baru ke Kuala Sungai, Bukit Tinggi ke Kuala Kedah dan Bukit Mengkuang ke Bukit Kayu Hitam.

“Kami akan memastikan air daripada kerja-kerja pemasangan paip tidak akan mengalir ke kawasan sawah padi dan setiap kawasan korekan bagi pemasangan paip akan ditutup setelah selesai kerja pada hari tersebut.

“Pergerakan air di kawasan parit dan sawah sekitar projek berkenaan dipantau bagi memastikan tiada sekatan kepada pengaliran air dan BDB Synergy akan membersihkan serta mengorek parit terlibat untuk mengurangkan risiko banjir sekiranya hujan lebat.

Pemasangan paip di jajaran Sungai Baru – Kuala Sungai.

“Bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Projek berkenaan, yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif BDB Synergy, Tahir Md. Zin juga telah diperluaskan bagi memantau risiko kebarangkalian berlakunya banjir atau sebarang insiden tidak diingini dalam tempoh projek dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Iskandar, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat, BDB Synergy menyediakan hotline aduan khas bagi membolehkan tindakan segera, yang mana papan tanda hotline aduan telah dipasang di setiap jajaran paip terlibat.

BDB Synergy dilantik pada 20 Mei 2021 oleh Kerajaan Negeri Kedah sebagai kontraktor utama projek menaik taraf LRA Pelubang dan pemasangan jajaran paip bernilai RM431 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI