fbpx

Wanita maut nahas ketika hantar cucu ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal ditunggang suami isteri dan cucu mereka yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Chepor, Ipoh hari ini. IHSAN MEDIA SOSIAL

IPOH – Seorang wanita maut manakala suami dan cucunya cedera setelah motosikal ditunggang mereka bergesel dengan sebuah lori di Jalan Chepor di sini pagi tadi.

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 7.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Siti Hazizah Ismail, 57, dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar cucu mereka ke sekolah.

Pasangan itu dikatakan berpatah balik ke rumah bersama kanak-kanak itu selepas mendapati sesi persekolahan ditutup hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ketika kejadian motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang suami isteri bersama cucu perempuan berusia sembilan tahun itu dalam perjalanan dari arah Meru ke Chemor.

Katanya, sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu bergesel dengan tayar belakang lori yang datang dari arah Tronoh.

“Kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa jatuh di atas jalan. Penunggang motosikal berusia 59 tahun dan cucunya cedera ringan manakala pembonceng pula parah di kepala.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.