fbpx

Liverpool lebur rekod bersih City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH menjadi wira buat Liverpool apabila meledak gol tunggal perlawanan menewaskan City 1-0 di Anfield sebentar tadi. - AFP

LIVERPOOL – Liverpool kembali menghidupkan peluang untuk menembusi kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini susulan kemenangan 1-0 ke atas Manchester City di Anfield sebentar tadi.

Kemenangan itu amat bermakna buat The Reds selepas mempamerkan permulaan perlahan pada awal saingan EPL musim ini.

Ia bukan sahaja memperbaiki kedudukan Liverpool dalam carta liga tetapi turut meleburkan rekod bersih City yang sebelum ini muncul satu-satunya pasukan masih belum tewas daripada sembilan perlawanan.

Kebangkitan semangat ditunjukkan para pemain Liverpool mungkin disebabkan kejayaan mereka membelasah jaguh Scotland, Rangers 7-1 dalam kempen Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Kemenangan besar itu menyaksikan ‘mesin gol’ Liverpool, Mohamed Salah mencipta sejarah sebagai penjaring hatrik terpantas dalam sejarah Liga Juara-Juara apabila menjaringkan tiga gol dalam tempoh enam minit.

Keyakinan itu pastinya menjadi bekalan terbaik buat Liverpool apabila Salah sekali lagi menjadi wira mereka dengan gol tunggal perlawanan menewaskan City pada minit ke-76.

KLOPP (kiri) bergerak meninggalkan kawasan padang selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-85 di Anfield sebentar tadi. – AFP

Bagaimanapun, kemenangan manis Liverpool dicemari dengan insiden pengurusnya, Jurgen Klopp diarahkan keluar padang selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Anthony Taylor pada minit ke-85.

Sebagai rekod, Liverpool kini melonjak ke tangga kelapan dengan 13 mata, namun masih 10 mata ketinggalan di belakang City yang berada di tangga kedua.

Arsenal pula kekal menerajui carta EPL dengan kelebihan empat mata selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Leeds United di Elland Road dalam satu lagi perlawanan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI