fbpx

Felcra bayar dividen RM181.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri beramah mesra dengan orang ramai di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Warga Orang Asli di Arena Merdeka, Tapah hari ini.FOTO/ MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Seramai 74,949 peserta Felcra Berhad di seluruh negara menerima bayaran dividen membabitkan nilai keseluruhan RM181.5 juta bagi pembayaran Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran berkenaan akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini.

“Saya gembira kerana Felcra Berhad berjaya mengekalkan prestasi yang baik apabila mencatat kenaikan hampir RM51 juta atau 38.1 peratus berbanding prestasi pada tahun lalu.

“Peningkatan ini membuktikan kecekapan Kerajaan Keluarga Malaysia dalam mengurus tadbir ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Warga Orang Asli di Arena Merdeka di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI