fbpx

PRU15 : UMNO kekal namakan Ismail Sabri calon PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga dari kiri) ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini. - Foto AINSAFRE BIDIN

BAGAN DATUK – UMNO kekal dengan keputusannya untuk menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menafikan dakwaan pembangkang yang dirinya akan dilantik ke jawatan itu jika BN kembali memerintah Kerajaan Persekutuan.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan melangkaui kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan seorang Perdana Menteri.

“Kita berpegang kepada prinsip bahawa UMNO telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, itu tidak boleh dipertikaikan lagi.

“Namun, kuasa melantik Perdana Menteri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI