fbpx

PRU15 : Elak sabotaj, undi silang – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI berucap pada majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Bera di Bera hari ini.

BERA – Ahli UMNO yang tidak dicalonkan diminta tidak sesekali melakukan sabotaj terhadap parti yang menyebabkan calon Barisan Nasinal (BN) kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu isu undi silang yang dilaporkan berlaku sebelum ini juga perlu dielakkan kerana ia merugikan parti.

“Kita kata setia kepada parti, kalau saya bertanding saya bukan tanding atas nama saya, saya bertanding atas parti, saya mewakili UMNO dan waktu pilihan raya umum saya atas tiket BN bukan kerana tanding atas diri saya tetapi membawa bendera parti

“Kalau calon BN kalah, kita kalah, kita jadi pembangkang pada 2018 itulah akibatnya, saya tahu banyak tempat berlaku sabotaj, cah keting dan sebagainya akhirnya siapa yang untung bila kita kalah, kita hanya seronok dua tiga hari tengok kawan kita kalah,”katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri semua ahli parti perlu terus setia dan bersepakat dengan bekerja kuat untuk memberikan kemenangan kepada parti dalam PRU15 yang semakin dekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI