fbpx

Produk Kak Ell catat jualan baik, jana hasil kepada pengedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharmila (dua dari kanan) pada majlis sambutan ulang tahun syarikat di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM –  Armila Group Sdn. Bhd. pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Kak Ell telah melancarkan produk terbaharunya,  Fairy Glow Oil sebagai usaha untuk mempelbagaikan lagi produk jualan di pasaran semasa.

Produk yang memiliki gabungan lima minyak terpilih itu bakal mendapat tempat dalam kalangan pelanggannya kerana ia dibangunkan melalui hasil inovatif daripada kajian dan pembangunan yang teliti.

Pengasas syarikat, Sharmila Johan berkata, Fairy Glow Oil ini bakal melengkapkan lagi  produk yang telah dilancarkan bulan lalu iaitu Glowing Day Cream bagi memberi kepuasan kepada pelanggannya untuk menikmati kualiti kesihatan kulit wajah yang berseri dan sihat secara dalaman.

“Syarikat bakal mencatat jualan yang baik sumbangan daripada keluaran produk terbaharu ini disokong oleh testimoni positif daripada pelanggan sedia ada mampu menarik lebih ramai pelanggan baharu pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis sambutan ulang tahun syarikat yang ke-empat dan pelancaran produk baharu tersebut di sini baru-baru ini. 

Sharmila menjelaskan, syarikat yang telah mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021 itu juga mahu membangunkan empayar perniagaannya dengan berkongsi rezeki bersama lebih ramai usahawan khususnya dalam kalangan ibu tunggal dan wanita untuk menambah pendapatan bulanan.

Dalam masa yang sama, syarikat turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI