fbpx

Pelajar cedera ditikam penyamun dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang terbaring sambil dibantu abangnya sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam

SHAH ALAM – Seorang pelajar sekolah cedera ditikam pemutar skru dalam kejadian pecah rumah di kediamannya di sekitar daerah ini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa berusia 15 tahun bagaimanapun hanya mengalami luka kecil di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumahnya bersama abangnya berusia 17 tahun.

“Mangsa ke dapur untuk minum air sebelum terserempak dengan suspek lelaki yang bersembunyi di tepi mesin basuh.

“Lalu berlaku pergelutan dan mangsa telah ditikam dengan menggunakan pemutar skru di bahagian perut .

“Mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk rawatan lanjut. Tiada sebarang kerugian dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Iqbal berkata, hasil siasatan mendapati suspek memasuki rumah itu melalui pintu belakang yang tidak dikunci untuk melakukan jenayah pecah rumah.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di wad biasa HSA. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 kanun keseksaan

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan
kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 011-16958529 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI