fbpx
TANGKAP layar memaparkan seorang wanita mengelak diserang angsa di jalan. - TikTok

Wanita tinggalkan skuter di jalan kerana takutkan angsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita terpaksa berlindung di sebalik skuternya apabila diserang sekawan angsa, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @markonaah07.

Seorang lelaki merakam detik ketika seorang wanita diserang beberapa ekor angsa di sebuah kampung.

Wanita itu dikatakan mahu keluar dengan menaiki skuternya tetapi gagal kerana dihalang oleh kawanan angsa di tengah jalan.

Dia kemudian turun dan berlindung di sebalik skuternya ketika cuba mencari jalan keluar.

Wanita itu kemudian berlari ke arah lelaki tersebut yang sedang ketawa dan meninggalkan skuternya apabila angsa-angsa tersebut semakin menghampirinya.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sangat kelakar,” kata seorang netizen.

“Hentikan samseng kampung (angsa),” kata netizen lain.  -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN