fbpx

Suspek miliki 15 rekod lampau ditahan samun bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat melakukan samun bersenjata ke atas seorang wanita di kawasan pekan Kuala Kangsar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 7.30 pagi tadi dan pihaknya turut merampas sebuah motosikal dan barang-barang yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Tangkapan itu dibuat susulan laporan polis diterima berkaitan kejadian samun bersenjata melibatkan seorang wanita di pekan Kuala Kangsar semalam. Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM4,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian samun, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga Rabu depan untuk siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak dengan menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI