fbpx

Mahkamah: Direman makan suap bulanan RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang kakitangan syarikat pembinaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan suapan bulanan berjumlah sehingga RM500 selama tiga tahun bermula 2019.

Suapan itu bagi mempercepatkan tuntutan bayaran kerja perkhidmatan kawalan keselamatan di tapak projek di Klang.

Perintah reman bermula hari ini terhadap suspek wanita berusia 40 tahun dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil.

Menurut sumber, suspek terdahulu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor ketika hadir memberi keterangan kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Suspek dipercayai meminta dan menerima wang suapan antara RM200 hingga RM500 setiap bulan daripada seorang individu bagi tempoh antara 2019 hingga 2021.

“Ini sebagai balasan untuk mempercepatkan pembayaran tuntutan perkhidmatan kawalan keselamatan di sebuah tapak projek di Klang,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI