fbpx

Amaran ribut petir di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak enam buah negeri dikenakan amaran ribut petir susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku sehingga petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu makluman di Facebook berkata, amaran ribut petir dikeluarkan untuk negeri Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Sementara itu di Perak, keadaan sama diramalkan berlaku di Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak,” katanya di sini tadi.

Selain itu, bagi negeri Selangor, daerah terlibat ialah Klang, Kuala Langat dan Sepang sehingga pukul 4 petang nanti.

“Cuaca sama juga diramalkan akan melanda daerah Jempol, Negeri Sembilan.

“Manakala di Johor pula, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di Kota Tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI