fbpx

195 tokan dadah ditahan di Johor sepanjang tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tokan dan penagih yang ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan di seluruh negeri, sepanjang tahun ini.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah menahan seramai 195 tokan dadah bermula 1 Januari hingga semalam menerusi Op Tapis Khas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jumlah itu menunjukkan berlakunya peningkatan sebanyak 43.38 peratus berbanding seramai 136 orang ditahan dalam tempoh sama, tahun lalu.

“Tangkapan ke atas tokan-tokan dadah ini diambil mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. Kesemua mereka akan dikenakan perintah tahanan dan sekatan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi berkenaan dijalankan di seluruh negeri dengan menfokuskan beberapa lokasi ‘hotspot’ seperti jeti nelayan, Projek Perumahan Rakyat (PPR), pot penagih dan kawasan Felda.

“Dalam tempoh sama, seramai 23,973 orang telah diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 11,472 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah. Mereka yang ditahan terdiri daripada 10,692 lelaki dan 780 wanita berusia antara 13 hingga 70 tahun.

“Mereka yang ditahan ini atas pelbagai kesalahan, termasuk 2,240 kes bekalan, 3,912 kerana memiliki dadah dan 5,320 adalah penagih dadah,” ujarnya sambil memberitahu seramai 796 orang yang ditahan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C ADB 1952.

Kamarul Zaman turut memberitahu, seramai 3,100 orang dikehendaki polis turut ditahan.

“Dalam operasi ini, polis merampas heroin seberat lebih 62 kilogram (kg); syabu lebih 118 kg; 144 kg ganja; 18 kg ketamin; 54,084 biji pil eramin 5; 3,974 biji pil yaba; 306 biji pil nospan; 20,900 biji pil ekstasi; 984 kilogram daun ketum, 267 kg serbuk dadah, 18 kg magic mushroom dan 16,743 liter air ketum yang dianggar bernilai RM12.43 juta dengan anggaran berat dadah sebanyak 2.94 tan.

“Bekalan dadah ini jika terlepas ke pasaran boleh digunakan seramai lebih 1.4 juta penagih. Selain itu kita turut menyita harta sindiket bernilai hampir RM7.5 juta,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI