fbpx

Fail semakan permohonan robohkan Stadium Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salamon (empat kanan depan) bersama beberapa orang ahli jawatankuasa itu berhimpun di luar kompleks mahkamah Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Jawatankuasa Selamatkan Stadium Shah Alam memfailkan permohonan semakan berhubung keputusan kerajaan negeri meneruskan cadangan bagi merobohkan Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati.

Pengerusi Jawatankuasa Selamatkan Stadium Shah Alam, Datuk Salamon Selamat berkata, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi agar semakan dilakukan mengisytiharkan keputusan kerajaan negeri itu bagi membolehkan pembinaan stadium baharu dan pembangunan sekelilingnya adalah bertentangan dengan garis panduan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

“Kerajaan negeri melalui syarikat pemaju Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) sepatutnya terlebih dahulu menghantar cadangan perancangan pembangunan semula kompleks Stadium Shah Alam kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Ini selaras atau mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Seksyen 18,19,20,21 dan 22 Akta 122,” katanya di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini, hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini dipetik berkata, Stadium Shah Alam akan berwajah baharu dan lebih baik daripada Stadium Anfield di Liverpool dengan projek pembangunan stadium itu bermula pada tahun depan.

Amirudin turut menyatakan beliau secara peribadi lebih yakin membangunkannya semula kerana kos baik pulihnya kini adalah berjumlah RM787juta berbanding pembinaan sebelum ini menelan belanja RM400juta.

Dalam pada itu, Salamon turut mendesak kerajaan negeri memberikan butiran terperinci kos pembinaan stadium terbabit dan jumlah kos merobohkan Stadium Shah Alam serta Stadium Melawati.

“Kerajaan negeri perlu telus berhubung semua proses pembinaan KSSA, dengan memaklumkan semua hal ini kepada seluruh rakyat Selangor.

“Kami akan teruskan perjuangan untuk selamatkan Stadium Shah Alam, yang menjadi salah satu bangunan ikon di negara ini,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI