fbpx

Siasatan kes kemalangan bawa penemuan mayat hampir reput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIASATAN di lokasi kemalangan jalan raya membawa penemuan mayat hampir reput di persimpangan lampu isyarat Jalan Tambun, Ipoh hari ini.

IPOH – Kemalangan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun berhampiran Balai Polis Tambun dekat sini, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita.

Mayat dalam keadaan hampir reput itu dijumpai di dalam longkang kira-kira tiga meter dari lokasi nahas.

Difahamkan, kemalangan kira-kira pukul 5 pagi itu membabitkan sebuah kereta Proton Saga Aeroback dipandu seorang lelaki dari arah Tanjung Rambutan yang terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

Siasatan polis trafik di lokasi nahas telah membawa kepada penemuan mayat itu selepas terhidu bau busuk.

Mayat masih lengkap berpakaian dan tanpa identiti itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas proses bedah siasat selesai dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI