fbpx

Rakaman CCTV Lesti Kejora dibaling bola snuker tersebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY BILLAR tidak mengaku segaja mengasari isterinya, Lesti Kejora.

KONTROVERSI rumah tangga pasangan selebriti popular Lesti Kejora dan Rizky Billar memasuki episod baharu apabila sebuah video sistem televisyen litar tertutup (CCTV) tersebar.

Menerusi rakaman bertarikh 29 Oktober 2021 itu memperlihatkan Rizky melempar bola snuker ke arah isterinya.

Dalam video tersebut, Rizky kelihatan memakai baju berwarna biru berdiri di depan meja snuker berhampiran kolam renang.

Namun lemparan Rizky tersasar gara-gara terpeleset. Dia kemudian mengambil bola semula bola itu dan melempar ke arah kolam renang.

Kejadian memalukan tersebut disaksikan beberapa orang yang berada di situ.

Sementara itu, peguam Rizky iaitu Surya Darma Simbolon berkata, anak guamnya tidak berniat mencederakan sesiapa, tetapi hanya mahu menggertak Lesti.

Rakaman CCTV menjadi bukti keganasan Rizky telah diserahkan kepada polis.

“Rizky ada menjelaskan hal itu, dia mengaku hanya mahu menggertak,” ujarnya.

Manakala, pihak polis berkata, video berkenaan menjadi satu daripada bukti yang diserahkan pihak Lesti kepada mereka.

Minggu lalu, penyanyi dangdut berhijab itu mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan antara mereka.

Rizky yang juga seorang pelakon itu didakwa bertindak agresif dengan memukul dan mencekik leher isterinya sehingga terjatuh ke lantai.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI