fbpx

PRU-15: SPRM buka bilik gerakan setiap negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAZLAN Mohd. Razali (depan, lapan dari kanan) bersama pemenang dan naib johan Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM 2022 yang diadakan di USIM, Nilai, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan di setiap negeri bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) kelak.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd. Razali berkata, bilik gerakan itu tersebut telah pun dibuka serta merta sebaik sahaja Parlimen dibubarkan baru-baru ini.

“Berikutan dengan pembubaran Parlimen, seperti mana yang telah kami laksanakan tahun terdahulu, kami akan menyediakan bilik-bilik gerakan pada PRU-15 dan semua akan diselaraskan di bilik gerakan utama di Ibu Pejabat, ia bermula sekarang.

“Jadi, kalau ada apa-apa isu berkaitan rasuah sepanjang PRU15 ini kami akan bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Debat Antirasuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lalu mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membuka laluan kepada PRU-15.

Sementara itu, Norazlan berkata, SPRM akan meneliti segala hujahan para peserta dalam pertandingan debat berkenaan untuk diperhalusi bagi penambahbaikan berkaitan isu rasuah di negara ini.

“Menerusi pertandingan perdebatan ini kami dapat melihat hujah daripada siswa dan siswi berkaitan isu rasuah.

“Kami menerima segala hujahan pendebat, ada juga bahas yang diteliti dan diperhalusi terutama berkaitan polisi dan cadangan dalam penambahbaikan berkaitan rasuah,” katanya.

Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM 2022 dimenangi pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul naib johan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI