fbpx

Memang kami sengaja ‘kantoikan’ diri – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD ZAINAL menganggap Ungku Ismail sebagai teman sekerja.

KUALA LUMPUR – Belum habis kisah perceraian yang mengejutkan ramai, dramatis popular Nad Zainal kini mengundang perhatian khalayak apabila kerap menjaja momen mesra bersama pelakon lelaki, Ungku Ismail termasuk ketika sama-sama berada di Bali, Indonesia baru-baru.

Keakraban dan keterbukaan Nad bersama pelakon  yang popular dengan naskhah Teman Lelaki Upahan itu bahkan menimbulkan dakwaan ramai, kononnya mereka kini sedang menjalin asmara. Malah, keseraian mereka juga seolah-olah mendapat restu daripada peminat.

Menafikan semua dakwaan tersebut, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, bertegas, tiada apa yang istimewa dalam hubungan mereka, bahkan keakraban yang terjalin semuanya atas urusan kerja.

“Kami berdua sebenarnya sedang mengusahakan sebuah saluran YouTube bersama. Saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan saluran YouTube miliknya iaitu Ungku Ismail Aziz. Konten YouTube itu berkaitan tentang travelog.

“Tentang percutian kami ke Bali, Indonesia baru-baru ini, saya hendak tegaskan kami pergi untuk urusan kerja. Saya tidak pergi berseorangan sebaliknya ditemani pengurus saya.

“Selepas Bali mungkin kami akan ke beberapa buah lokasi lain seperti Phuket, Thailand dan Seoul, Korea Selatan untuk tujuan sama,” ujar Nad selepas sidang media filem terbaharunya, Denu semalam.

Tambah Nad, dia tidak perlu menyembunyikan sebarang aktiviti yang dilakukan bersama Ungku daripada pengetahuan peminat memandangkan mereka bukannya pasangan bercinta.

“Saya tak ada nak berselindung. Memang saya kongsikan semuanya dalam Instastory. Memang kami sengaja ‘kantoikan’ diri supaya orang tengok.

“Kami rapat sejak terlibat dalam drama Cina Buta. Itu pertama kali kami bekerjasama.

Ditanya tentang sifat Ungku atau nama lengkapnya Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 36, yang dikatakan sukar didekati wanita, Nad tidak menemukan jawapan konkrit. Secara peribadi, dia senang bekerjasama dengan Ungku Ismail sementelah mereka memiliki pemikiran yang sama.

“Kami ada misi dan visi yang sama. Ungku seorang lelaki yang ada misinya sendiri dan sangat bekerja keras. Manakala saya pula minat menulis dan mengarah. Jadi kami ada persamaan.

“Selain pemikiran, cara kerja kami juga sama. Kami juga ada perancangan untuk terbitkan telefilem bersama-sama,” katanya.

Baru-baru ini, Nad mengakui lebih tenang dengan kehidupan sekarang sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata selepas perceraian dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin sekitar bulan lalu.

Tiada niat untuk berasa riak dengan status tersebut, Nad menjelaskan hidupnya tetap gembira bahkan hubungannya dengan bekas suami dan anak-anak juga berjalan baik seperti sebelum ini.

Nad mendirikan rumah tangga bersama Faliq pada 18 Disember 2015 dan mengumumkan perceraiannya pada 3 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI