fbpx

Kereta tersangkut di pantai ketika cari siput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan orang awam menolak Myvi yang tersangkut di pesisir pantai itu.

SABAK BERNAM – Hasrat seorang lelaki dan dua beranak mencari siput bertukar detik cemas apabila kereta dinaiki mereka tersangkut di pesisir Pantai Sentosa, Sekinchan di sini, hari ini.

Kejadian pukul 2.30 petang itu berlaku ketika semua mangsa berusia 20 hingga 64 tahun mahu mengalihkan Perodua Myvi tersebut berikutan air pasang.

Namun, tayar kereta turut dinaiki ibu dan anak perempuannya itu terbenam lalu tersangkut sebelum diselamatkan bomba.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 3.08 petang.

Kata beliau, operasi itu disertai sepasukan  tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan.

“Setibanya di lokasi, kereta itu didapati masih tersangkut dengan tayar terbenam dalam pasir.

“Anggota bomba dan orang awam kemudian menarik kenderaan itu selama 40 minit sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Tambah Norazam, semua mangsa terselamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di tebing pantai bagi mengelak kejadian seumpama itu.

“Biarpun pesisir pantai luas ketika air surut, tindakan berkenaan mengundang bahaya terutama air laut mula pasang.

“Pasir pantai tidak padat dan berisiko menyebabkan kenderaan tersangkut,” katanya.

Terdahulu, tular gambar di media sosial memaparkan sebuah Myvi tersangkut di pesisir pantai tersebut. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI