fbpx

Guru ditemui meninggal dunia tepi surau sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di surau SK Tunku Ismail, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang guru ditemui meninggal dunia dalam keadaan tersandar pada kerusi kayu di tepi surau Darul Furqan di Sekolah Kebangsaan (SK)
Tunku Ismail, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi tadi itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit ditemui rakan setugasnya yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum memaklumkannya kepada guru lain.

Guru itu yang telah berkahwin dan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam kemudian dibawa ke dalam surau sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Pemeriksaan awal dengan guru sekolah itu juga mendapati mangsa tidak pernah mengadu sakit selain tidak mengalami simptom Covid-19.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya.

Tambahnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat masalah jantung.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI