fbpx

Gurauan ‘duit’ Junseo makan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNSEO

SETIAP patah perkataan yang keluar dari mulut artis idola memang akan menjadi perhatian sehinggakan ada yang membuka forum perbincangan dalam online hanya disebabkan satu perkataan dari mulut artis.

Situasi itu terjadi kepada Junseo apabila gurauannya bersama peminat dalam aplikasi sembang Bubble baru-baru ini memakan diri.

“Saya lebih suka kalau semua orang bagi saya 100 won (32 sen) setiap seorang. Teruskan berangan. Patut tak saya bagi kalian nombor akaun saya? Bagi saya 10 sen seorang, okey?” tulisnya.

Dalam hantaran lain, anggota WEi itu turut bergurau dengan berkata, dia sepatutnya mengenakan bayaran sebanyak 50,000 won (RM163) untuk bergambar peminat.

Perkongsian tersebut langsung tidak disenangi ramai meskipun mereka sedar itu hanyalah gurauan.

Dakwa peminat, isu duit adalah sesuatu yang menjengkelkan.

“Mereka jana pendapatan daripada peminat, sangat tidak selesa melihat artis idola meminta-minta wang begitu?” kata seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI