fbpx

Filem dedah aurat masih tayang, Lisa tak mampu kawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN sudah berubah penampilan, Lisa Surihani tidak pernah meletakkan penamat terhadap karier seninya.

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Lisa Surihani tidak mampu untuk mengawal tayangan filem-filem lama lakonannya ketika belum menutup aurat yang masih ada dalam platform penstriman, termasuk YouTube.

Pemilik nama sebenar Lisa Surihani Mohamed, 36, berkata, dia hanya mampu berdoa semoga penghijrahannya menjadi insan lebih baik dipermudahkan.

“Saya hanya mampu berdoa sebab ada perkara yang bukan dalam kawalan saya. Ada benda yang saya sendiri tak boleh buat apa-apa.

“Saya sendiri belum arif tentang hukum itu dan belum lagi bertanya ustaz atau pakar agama tentang perkara itu.

“Saya berdoa agar jalan saya dipermudahkan dan berharap perkara itu (filem) akan hilang sendiri nanti,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Isteri kepada penyanyi dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim itu mengulas tentang filem lama yang memaparkan dirinya tidak bertudung masih boleh ditonton khalayak umum.

Dalam perkembangan sama, Lisa menafikan tanggapan segelintir pihak bahawa dia sudah berhenti berlakon.

Kata pelakon Lagenda Budak Setan ini, dia kini dalam penggambaran sebuah projek lakonan dan mempertimbangkan beberapa tawaran lain.

“Nak kata saya sudah berhenti berlakon tidak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo (pelakon undangan).

“Ada juga beberapa tawaran masih dalam pertimbangan. InsyaAllah jika ada watak yang bersesuaian saya terima,” ujarnya usai majlis sidang media program Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukil Jalil, di sini, semalam.

Program tersebut bakal bersiaran menerusi saluran Astro Ria pada 22 Oktober ini, pukul 10 malam.

Selain Lisa, artis jemputan yang turut menyerikan musim kedua program berkenaan termasuklah, Ziana Zain, Diana Amir, Tya Ariffin dan Datin Noor Kartini, ibu Neelofa sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI