fbpx

BN minta rakyat nilai kembali manifesto Pakatan Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini hari ini. - FOTO/ AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) meminta rakyat Malaysia untuk menilai semula manifesto Pakatan Harapan (PH) yang telah dijanjikan sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia kerana PH hanya dapat menunaikan berapa perkara yang telah dijanjikan.

“Saya harap bahawa semua yang di-amanahkan untuk mengundi, baca baik-baik dan sandarkan dalam manifesto masing-masing dan tindakan mereka selepas dapat peluang tunaikan manifesto. 

“Untuk PRU-15, saya yakin dengan manifesto yang dibentangkan oleh BN insya-Allah akan kita tunaikan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn di sini hari ini. 

Kata beliau, fokus manifesto BN sentiasa berkisar kepada kebajikan dan pembelaan rakyat. 

“Itu tak boleh lari tetapi keduanya kita akan bincangkan bila sudah hampir masa kempen nanti,” ujarnya. 

Mengulas berkenaan calon muka baharu, kata beliau, ia juga antara pendekatan yang dibuat BN pada PRU-15, sama seperti apa yang telah dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini. 

“Insya-Allah itu merupakan sesuatu yang sentiasa diberi penekanan dan kita telah buktikan dalam PRN sebelum ini. 

“Jadi saya tak nampak ia akan berubah sangat, namun perkara itu tidak ditentukan hari ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI