fbpx

APMM tahan dua nelayan warga Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua nelayan warga Indonesia yang ditahan APMM di Kuala Gula, Bagan Serai semalam.

BAGAN SERAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot pukat gombang bersama dua nelayan warga Indonesia di Kuala Gula di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin, pasukan bot peronda pihaknya telah mengesan sebuah bot mencurigakan di kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Kuala Gula lalu mereka merapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat dua kru termasuk tekong warga Indonesia berumur 35 dan 36 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah berada di atas bot.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, bot memiliki lesen yang sah namun tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran mengajikan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kru, bot dan peralatan menangkap ikan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Menurut Mohd. Najhan, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.

“APMM mengingatkan kepada komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan demi kesejahteraan bersama.

“Sebarang salah laku jenayah dan kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi APMM di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 dengan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI