fbpx

Waris mangsa pembunuhan taska Thailand terima sumbangan lebih RM1.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Damrongsak menasihatkan agar orang ramai memilih dengan berhati-hati saluran sumbangan agar tidak ditipu pihak tidak bertanggungjawab. - The Nation

BANGKOK – Keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai di sebuah taska di Nong Bua Lamphu, Thailand bakal menerima wang lebih 9 juta baht (RM1.1 juta) hasil derma pelbagai pihak yang bersimpati atas tragedi tersebut, lapor akhbar The Nation semalam.

Dalam insiden berdarah tersebut, seorang bekas pegawai polis berusia 34 tahun mengamuk di taska berkenaan di mukim Uthai Sawan pada Khamis minggu lalu, menyebabkan 36 orang maut, termasuk 24 kanak-kanak.

Ketua Polis Thai, Damrongsak Kittiprapas berkata,  sumbangan daripada polis, sektor awam dan swasta setakat Isnin berjumlah lebih 9 juta baht.

Tambahnya, polis baru-baru ini menerima derma 2.5 juta baht (RM305,919) daripada sektor awam dan swasta.

“Polis akan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa pada hari pembakaran mayat yang dijadualkan Selasa (hari ini),” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk menderma wang tunai kepada organisasi yang boleh dipercayai dan berhati-hati dengan penjenayah yang mungkin ingin mengambil kesempatan daripada tragedi tersebut.

Tambahnya, anggota polis dan keluarga masih ingin menghulurkan sumbangan wang tunai bagi meringankan penderitaan keluarga mangsa boleh melakukannya melalui akaun bank Polis Nasional. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI