fbpx

[VIDEO] 17 suspek rusuhan di Bintulu dicekup dalam 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan sebuah trak pikap melanggar sebuah kenderaan lain dalam rusuhan di di sekitar Jalan Abang Galau, Bintulu, malam tadi.

BINTULU – 17 lelaki termasuk suspek utama yang terlibat dalam kejadian merusuh dan melakukan khianat dengan merempuh beberapa kenderaan di hadapan sebuah premis di Jalan Abang Galau, di sini dicekup semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, tangkapan ke atas kesemua suspek itu dibuat menerusi dua serbuan di sekitar daerah ini tidak sampai 24 jam selepas kes tersebut berlaku.

“Tangkapan pertama melibatkan suspek utama berusia 37 tahun yang juga pemandu trak pikap yang kemudiannya membawa kepada tangkapan 16 individu lain.

“Siasatan mendapati kesemua suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah. Mereka adalah lelaki tempatan berusia 24 hingga 38 tahun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, reman ke atas suspek dibenarkan sehingga Khamis ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan Dan Seksyen 427 kanun sama.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan polis mengesan seorang lelaki yang juga suspek utama kes rusuhan dan khianat di Jalan Abang Galau kelmarin.

Hal ini berikutan tular beberapa rakaman video memaparkan pergaduhan di hadapan sebuah premis yang membabitkan insiden rempuhan melibatkan beberapa kenderaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI