fbpx

PRU-15: MB menghadap Sultan Perak esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani bercakap kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Dato' Alaudin, Selinsing, Bagan Serai hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah esok bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, upacara menghadap itu akan dilaksanakan di Istana Kinta, Ipoh kira-kira pukul 2 petang esok.

“Saya baru mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk menghadap baginda pada petang esok. Pagi esok ada mesyuarat exco seperti biasa. Insya-Allah dalam pukul 2 petang saya diperkenankan untuk menghadap Tuanku di Istana Kinta.

“Selepas itu, sekiranya dìperkenankan oleh baginda, pihak istana akan membuat pengumuman kerana pembubaran ini diwartakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Mesra Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di hadapan Sekolah Kebangsaan Dato’ Alaudin, Selinsing di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ismail Sabri berkata, pembubaran tersebut adalah susulan daripada sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI