fbpx

Haa sorok lagi, suami kempunan RM45,417, ‘lupa’ beritahu isteri simpan wang dalam baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhuo menunjukkan lokasi tong sampah di mana isterinya membuang semua baju lama yang mempunyai koleksi wang kertas SGD1,000. - Mothership

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura kempunan koleksi berharga wang kertas bernilai SGD14,000 (RM45,417) yang disorok dalam poket baju lama apabila isterinya membuang  pakaian tersebut semasa mengemas kediaman mereka, lapor portal berita Mothership semalam.

Lelaki dikenali sebagai  Zhuo itu berkata,  dia mengumpul koleksi wang kertas nominasi SGD1,000 (RM3,244) selepas Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menghentikan pengeluarannya pada 2021.

“Apabila mana-mana rakan saya mempunyai wang kertas seribu dolar, saya akan menukarnya dengan mereka untuk ditambah kepada koleksi saya.

“Saya telah menyembunyikannya dalam poket baju lama kerana bimbang ia akan dicuri tetapi terlupa untuk memaklumkan kepada isteri,” jelasnya.

Tambah Zhuo, insiden itu berlaku apabila isterinya mengemas rumah secara menyeluruh dan membuang semua barangan buruk, lama dan tidak dipakai atau digunakan.

“Saya segera turun ke tempat pembuangan sampah namun plastik berisi baju lama yang mempunyai 14 keping wang kertas SGD1,000 itu telah diambil pihak pelupusan sampah,” ujarnya.

Zhuo telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang kertasnya, namun sedar bahawa peluang untuk kembali menemuinya sangat tipis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI