fbpx

Perdana Menteri akan jelaskan kekecewaan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Khaled ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memberi penjelasan mengenai kekecewaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai situasi politik yang melanda ketika ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu hanya layak dijawab oleh Ismail Sabri.

“Semasa mesyuarat Biro Politik tadi, beliau ada sebut kerana (kami) tanya apa yang dimaksudkan oleh Seri Paduka Baginda.

“Saya rasa beliau akan jawab dalam masa sehari dua lagi,” katanya ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa.

Menurutnya, Baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat.

Dalam pada itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pertemuan (Biro Politik) petang tadi hanya memfokuskan kepada usul Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Sudah tentu kita fokus menang PRU-15 dan kita minta jentera di semua peringkat bersedia dan merancang dengan lebih teratur,” jelasnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Ismail Sabri meninggalkan pejabatnya kira-kira pukul 4.47 petang bagi menghadiri mesyuarat Biro Politik UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung pukul 5 petang tadi sebelum disusuli Mesyuarat Khas Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada sebelah malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI