fbpx

Mangsa tembakan pusat jagaan bertahan hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMAEE ditembak sebanyak dua kali di kepala ketika serangan tersebut. – Sky News

BANGKOK – Seorang budak lelaki yang ditembak dua kali di kepala dalam serangan di sebuah taska di Thailand pada Khamis lalu berjaya diselamatkan, lapor akhbar The Sun semalam. 

Ketika kejadian, Sumaee, 3, berada di pusat jagaan tersebut yang terletak Uhthai Sawan. Seorang bekas polis, Panya Kamrap membunuh seramai 36 orang dalam serangan amukan menggunakan pistol dan pisau.

Kamrap menyerbu masuk ke dalam bilik berkunci dan membunuh seramai 24 kanak-kanak yang sedang tidur.

Sumaee terselamat daripada serangan itu selepas pakar bedah saraf berjaya mengeluarkan peluru dari kepalanya, manakala mangsa berada dalam keadaan stabil.

Ibu kepada Sumaee, Joy berkata, anaknya ditikam oleh Kamrap sebelum ditembak sebanyak dua kali dalam usaha untuk membunuhnya.

Joy memaklumkan bahawa dia hampir pengsan apabila mendengar berita tentang pertumpahan darah itu kerana khuatir Sumaee dibunuh. 

Beberapa minit selepas kejadian, suami Joy melihat petugas paramedik membawa anak mereka ke dalam ambulans sebelum ke hospital.

“Saya memegang kakinya di dalam ambulans dan memberitahunya untuk kuat,” katanya kepada stesen penyiaran Sky News.

Jow turut menceritakan kesedihannya selepas anaknya merayu untuk tidak dihantar ke pusat jagaan itu pada hari kejadian tetapi dia memaksanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI