fbpx

Malaysia tidak ketandusan pemain berbakat – Osmera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bawah 17 tahun (B-17) negara disambut ahli keluarga dan penyokong di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi. - Foto oleh ARDIE PUTRA SUHAIMI

SEPANG – Ketua jurulatih skuad bawah 17 (B-17) negara, Osmera Omaro menganggap negara tidak ketandusan bakat pemain muda selepas mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2023 dengan menjuarai saingan kelayakan Kumpulan B di Indonesia semalam.

Menurut Osmera, apa yang dilakukan oleh barisan pemain membuktikan kualiti yang ada pada barisan pemain selain ekosistem di peringkat akar umbi yang dilihat berada di landasan tepat.

“Jelas kita tidak ketandusan bakat susulan kejayaan mara me pusingan akhir Piala Asia B-17 2023 tahun depan.

“Ini kerana dalam tempoh seminggu kita berjaya mara menewaskan pasukan berkualiti seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Indonesia meskipun berstatus underdog.

“Situasi ini sekali gus membuktikan kita berada di landasan yang betul dengan ekosistem serta sokongan penuh daripada peringkat sekolah, ibu bapa dan program pembangunan kebangsaan (NFDP) atau di peringkat kelab itu sendiri termasuk di Akademi Mokhtar Dahari (AMd),” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

Ini adalah kali keenam skuad B-17 negara layak ke pentas Piala Asia B-17 selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2018 selaku tuan rumah.

Pencapaian terbaik skuad muda Harimau Malaya di saingan belia berprestij itu adalah pada edisi 2014 ketika mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Australia 1-2. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI