BAU haruman kek yang dibakar di dalam ketuhar memenuhi rongga hidung kami, tatkala langkah kaki masuk ke dalam studio BakeBe MY, di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Perasaan teruja semakin membuak-buak tatkala melihatkan deretan ketuhar pembakar, pengadun dan bahan-bahan membuat kek yang diletakkan di satu sudut studio. Tidak keterlaluan jika dikatakan, pemandangan itu mampu membuatkan setiap individu yang memandangnya, terutamanya wanita tersenyum lebar. Jika dilihat dari luar, studio ini kelihatan tidak ubah seperti kafeteria yang menghidangkan manisan enak dengan dekorasi eksklusif.……














