fbpx

Devan tidak gembira biarpun menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NSFC berjaya memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas mencatat kemenangan 4-3 menewaskan KDA FC kelmarin.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

JURULATIH Negeri Sembilan FC (NSFC), K. Devan masih belum berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh pasukan­nya meskipun merekodkan kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) pada aksi Liga Super kelmarin.

Menurut Devan, banyak kelemahan yang ditampilkan oleh pasukan khususnya aspek pertahanan dan situasi tersebut perlu diperbaiki pada baki saingan Liga Super jika berhasrat merebut slot automatik ke pentas Asia tahun depan.

“Kita perlu memperkemaskan pertahanan untuk perlawanan akan datang bertemu dengan Melaka United kerana masih ada peluang untuk kejar pasukan Terengganu FC dan Sabah FC,” katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

Mengulas lanjut, Devan gembira kerana NSFC berjaya me­ngutip tiga mata di laman sendiri di samping prestasi yang ditunjukkan anak-buahnya.

“Saya nampak NSFC lebih baik berbanding KDA dan kita layak menang serta dapat tiga mata.

“Pemain-pemain telah me­nunjukkan kesungguhan walaupun mereka keletihan dalam keadaan padang yang basah ini. Bukan mudah untuk main dalam keadaan padang yang becak ini.

“Mungkin KDA bermula dengan baik, namun lepas kita (NSFC) berjaya menyesuaikan diri dalam keadaan padang yang basah dan kita berjaya menghasilkan gol.

“Pemain-pemain boleh bertahan dengan baik dan saya nampak kita layak menang hari ini kita lebih baik daripada Kedah walaupun jaringan itu 4-3,” ­ujar­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI