fbpx

Bajet 2023: RM4 billion beli aset pertahanan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin (kanan) melihat sebahagian aset-aset pertahanan yang dipamerkan dalam Karnival Tentera Darat di Taman Sri Lambak, Kluang.

KLUANG – Sebanyak RM4 billion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) menerusi Bajet 2023 untuk pembelian aset pertahanan baharu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah jelas peruntukan menerusi Bajet 2023 terhad dan tidak mencukupi khususnya bagi perolehan aset-aset strategik dan ada di antaranya akan dibuat menerusi perancangan kewangan di bawah Rancangan Malaysia (RMK).

Hishammuddin (depan, empat dari kini) ketika hadir pada majlis penutup Karnival Tentera Darat di Taman Sri Lambak, Kluang hari ini.

Beliau berkata, antara perolehan baharu adalah melibatkan aset strategik untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti Maritime Patrol Aircraft (MPA) dan Medium Altitude Long Endurance Unmanned Ariel System (MALE-UAS).

“Perolehan kesemua aset ini telah dilaksanakan secara tender terbuka antarabangsa bagi memastikan ia dilaksanakan secara telus,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Karnival Tentera Darat di Taman Sri Lambak di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, perolehan bagi kesemua aset strategik tersebut adalah berdasarkan spesifikasi dan juga keperluan TUDM.

Sementara itu, bagi meningkatkan keupayaan Tentera Darat (TDM), Hishammuddin berkata, pihaknya akan melaksanakan perolehan Kenderaan Jenis A 4×4 sebanyak 136 unit dan Kenderaaan Jenis B pelbagai unit dengan nilai perolehan sebanyak RM2.049 bilion.

Hishammuddin beramah mesra dengan ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Sembrong ketika hadir dalam majlis penutup Karnival Tentera Darat di Taman Sri Lambak di Kluang hari ini.

“Bagi penyelenggaraan aset ATM sedia ada, fokus utama ialah penyelenggaraan pesawat F/A-18D. Kira-kira RM2.4 bilion telah diperuntukkan bagi melaksanakan peningkatan keuayaan sistem pesawat F/A-18D serta F/A-18D Sustainment Programme.

“Kerja-kerja penyelenggaraan pesawat F/A-18D ini turut akan dilaksanakan menerusi kerjasama hasil hubungan erat Malaysia-Amerika Syarikat dan telah diperhalusi dan dipersetujui semasa perbualan telefon saya dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Llyod J. Austin III beberapa hari lalu,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI