fbpx

Kanak-kanak lelaki lemas, bot dinaiki karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak lelaki lemas selepas bot dinaiki bersama keluarga karam dalam kejadian di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, hari ini. - IHSAN BOMBA

KOTA BELUD – Seorang kanak-kanak lelaki lemas selepas bot dinaiki bersama keluarga karam dalam kejadian di Kampung Rampayan Laut di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Muhammad Hayrul Sufyan Fian berusia setahun dilaporkan bersama sembilan individu lain sedang dalam perjalanan dari Pulau Mantanani menuju ke kampung terbabit.

Bagaimanapun, bot dinaiki dipercayai karam ketika dalam perjalanan dan mangsa dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia oleh penduduk kampung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.22 petang.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bersama kenderaan pacuan empat roda dan bot penyelamat terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Pusat Gerakan Operasi menerima laporan sebuah bot berkenaan membawa 10 penumpang membabitkan empat lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak.

“Sembilan mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang kanak-kanak ditemui tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada pukul 4.15 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI