fbpx

170 penagih, pengedar dadah dicekup dalam tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas semasa serbuan Ops Tapis di Tanah Merah baru-baru ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seramai 170 penagih dan pengedar dadah dicekup sepanjang tempoh tiga hari Ops Tapis yang dijalankan di seluruh negeri Kelantan bermula Khamis lalu.

Dalam operasi yang berakhir semalam itu, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 60 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dengan pelbagai kesalahan membabitkan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sepanjang tiga hari Ops Tapis dijalankan, polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM37,000.

Menurutnya, kesemua dadah yang dirampas dalam operasi berkenaan boleh dibekalkan kepada 3,775 orang penagih.

“Dalam operasi berkenaan, polis turut berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki yang berusia 22 dan 40 tahun.

“Kedua-dua suspek itu ditahan di tepi jalan di Kampung Cherang Lali, Tanah Merah dan di sebuah rumah di Kampung Kusial Baru, Tanah Merah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, suspek pertama berusia 22 tahun ditahan selepas memiliki 100 botol plastik mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM200,000 di tepi jalan kira-kira pukul 4 petang.

Katanya, susulan penahanan suspek itu, polis terus menjalankan serbuan di sebuah rumah di Kampung Kusial Baru sebelum menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dan merampas satu kilogram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM36,000 yang disembunyikan di bawah katil.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI