fbpx
Lukisan Mondrian memaparkan grid hitam dan petak berwarna terang adalah antara imej seni yang paling menarik. – Sotheby’s

Sotheby’s tampil lukisan Piet Mondrian cecah harga RM232 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Sekeping lukisan karya artis seni Belanda, Piet Mondrian dijangka memperoleh lebih AS$50 juta (RM232 juta) dalam acara lelo­ngan bulan depan, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Lukisan memaparkan grid hitam dan petak berwarna terang oleh Mondrian itu merupakan antara karya seni abstrak paling terkenal.

Ia yang menampilkan medan segi empat tepat berwarna biru, merah, putih dan kuning sedang diiklankan oleh firma Sotheby’s sebagai ‘salah satu karya paling penting dan berharga oleh Mondrian yang pernah ditawarkan dalam pasaran’.

“Terdapat hanya segelintir artis seni mempertaruhkan karya yang begitu berani dalam sejarah Seni Moden seperti Piet Mondrian. 

“Lukisan grid Mondrian adalah pencapaian yang benar-­benar unik dalam sejarah lukisan,” kata Pengerusi Sotheby’s dari Eropah, Oliver Barker.

Mondrian yang berasal dari Amersfoort, Belanda, melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Halus di Amsterdam sebelum berpindah ke Paris pada tahun 1912, di mana beliau sangat dipengaruhi oleh karya Pablo Picasso dan Georges Braque.

Mondrian kembali ke Belanda pada tahun 1914 hingga 1918 dan mengasaskan jurnal seni, De Stijl bersama pelukis terkenal, Theo van Doesburg.

Mondrian akhirnya meninggalkan Eropah dan berhijrah ke Amerika Syarikat selepas kebangkitan fasisme dan meninggal dunia akibat radang paru-­paru di New York pada tahun 1944. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI