fbpx

Liga Europa: Manchester United perit jinakkan Omonia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD (kiri) meledak dua gol ketika membantu United meraih kemenangan 3-2 ke atas Omonia pada aksi awal pagi semalam. – AFP

NICOSIA – Pengurus Man­chester United, Erik Ten Hag tetap mempertahankan persembahan yang dipamerkan oleh skuad kendaliannya selepas sekadar menang tipis 3-2 mengatasi Omonia Nicosia pada aksi Kumpulan E Liga Europa awal pagi semalam.

Walaupun United dijangka tidak berdepan masalah besar untuk meraih kemenangan, namun mereka agak cemas apabila tuan rumah memberikan cabaran sengit termasuk meledak gol pendahuluan.

“Saya fikir kami mengharungi detik 10 minit yang agak teruk terutamanya selepas bolos. Sepanjang babak pertama, kami berdepan tugas sukar dan bukan senang untuk menentang pasukan seperti ini.

“Bola sepak adalah mengenai kesilapan. Sepanjang 30 atau 35 minit awal kami sudah bermain baik, tetapi gagal menjaringkan gol. Apabila sudah memperoleh gol, ia sepatutnya menjadikan tugas bertambah baik, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana kami bolos lagi.

“Pada akhirnya kami bangkit dan itulah mentaliti positif yang ada pada pemain, namun hakikatnya, kamu tidak boleh membandingkan perlawanan ini dengan aksi menentang Manchester City,” katanya.

Pada perlawanan ini, Marcus Rashford muncul penyelamat buat The Red Devils dengan menyumbangkan dua gol dan satu gol Anthony Martial sekaligus menafikan hasrat Ominia mencuri mata sementara, dua gol tuan rumah dihasilkan Karim Ansarifard dan Nikolas Panayio­tou.

Bagaimanapun, bintang sensasi United, Cristiano Ronaldo sekali lagi kempunan meledak jaringan biarpun mendapat beberapa peluang ketika turun ber­aksi sepanjang 90 minit perlawanan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI