fbpx

Konsert Justin Bieber kekal tunda, ‘beliebers’ boleh tebus tiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUSTIN BIEBER

PETALING JAYA – Konsert Justin Bieber Live in Malaysia 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober ini sah ditunda ke tahun depan.

Penganjur bagaimanapun belum memastikan penjadualan semula konsert Bieber, sebaliknya memaklumkan bergantung kepada kekosongan slot serta tarikh yang ada.

Sehubungan itu, AEG Presents dan PR Worldwide selaku penganjur memaklumkan pembeli tiket boleh mendapatkan semula wang mereka.

“Konsert Justice World Tour Kuala Lumpur kekal ditunda, begitu juga dengan lokasi lain hingga ke 25 Mac 2023.

“Tarikh baharu akan diumumkan sebaik saja semua jadual disusun dan ditetapkan.

“Tempoh 14 hari antara 7 hingga 20 Oktober dibuka kepada pemegang tiket untuk menghantar permohonan sama ada mahu terus memegangnya atau ingin wang dikembalikan.

“Tiket juga masih sah digunakan pada tarikh baharu dengan tiada kos tambahan. Tiket baharu akan diberikan kepada mereka sebaik konsert dijadualkan semula,” kata kenyataan itu.

Penundaan Konsert Justice World Tour di Asia termasuk Malaysia diumumkan pada Jun lalu berikutan penyakit kelumpuhan wajahnya atau Sindrom Ramsay Hunt yang membuatkan ramai kecewa.

Namun peminat kembali lega selepas penyanyi itu menyambung aksi di Festival Musim Panas di Itali, pada awal Julai lalu iaitu selepas dua bulan berehat.

Begitupun kegembiraan dirasakan Believer tidak lama apabila dia sekali lagi membatalkan 12 persembahan dua minggu selepas beraksi di Rio de Janeiro sekitar pertengahan bulan lalu.

“Selepas berehat dan berunding dengan doktor, keluarga dan pasukan, saya ke Eropah sebagai usaha untuk teruskan siri jelajah itu.

“Saya beraksi dalam enam persembahan secara langsung tetapi benar-benar memberi kesan besar kepada saya.

“Pada hujung minggu lalu, saya beraksi di Rock and Rio dan memberi sepenuh hati kepada peminat di Brazil.

“Selepas turun pentas, saya merasa kepenatan melampau dan sedar kena jadikan kesihatan sebagai keutamaan sekarang,” katanya Bieber.

Di Malaysia pula, penyanyi Never Say Never itu sepatutnya merealisasikan acara gah tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, GoLive yang juga ejen menyatakan pembayaran semula perlu dibuat menggunakan kad yang digunakan ketika melakukan pembelian tiket.

Proses pemulangan wang tersebut dijangkakan boleh mengambil masa lebih daripada 30 hari, bergantung kepada pihak bank.

“Pihak GoLive juga akan menghubungi anda sekiranya terdapat sebarang masalah melibatkan kad tersebut.

“Jika anda tidak menerima sebarang amaun pembayaran balik sehingga 21 November 2022, sila hantarkan e-mel kepada
[email protected],” tulis kenyataan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI