fbpx

Tiga lelaki terselamat kemalangan 2 lori, SUV di LPT1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan yang remuk teruk dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah lori dan sebuah SUV di Kilometer 147.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di Maran hari ini.

MARAN – Tiga lelaki bernasib baik apabila terselamat dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah lori dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 147.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu menyaksikan seorang lelaki mengalami kecederaan manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan laporan, kejadian bermula apabila sebuah lori membawa muatan bijih timah dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur hilang kawalan.

“Lori berkenaan kemudian terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori membawa muatan siling kapur dan dalam masa sama sebuah kenderaan jenis Honda CRV di belakang lori berkenaan tidak sempat membrek dan merempuh belakang lori muatan kapur.

“Akibat kejadian menyebabkan seorang lelaki mengalami kecederaan manakala dua lagi lelaki tidak mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut dan rawatan susulan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI