fbpx
Siti Nurhaliza mengadakan sidang akhbar sempena konsert A Night To Remember di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru disini. - gambar -RAJA JAAFAR ALI

Siti Nurhaliza enggan Aafiyah jadi penyanyi, tetapi tidak menghalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU- Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid mengikut jejak langkahnya dengan menjadikan bidang nyanyian sebagai pilihan kerjaya.

Ibu kepada dua orang anak itu sebaliknya lebih gemar sekiranya Siti Aafiyah, 4, yang mesra dengan panggilan Aafiyah memilih untuk menjadi seorang ahli perniagaan apabila dewasa kelak.

Siti Nurhaliza bagaimanapun tidak menolak sekiranya Aafiyah dikurniakan bakat nyanyian dan memilih untuk menjadi seorang penyanyi.

“Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka mempunyai kerjaya yang terbaik, sudah tentu ayah dia (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) mahu Aafiyah menjadi ‘business women’ dan meneruskan perniagaan yang ada.

“Namun sekiranya bakat dia luar biasa (dalam bidang nyanyian), saya rasa yang penting adalah ketahanan mental dan fizikal sebab saya sendiri sudah melalui sepanjang tempoh 26 tahun menjadi anak seni.

“Saya bersyukur telah dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapa dan berjaya mengharungi cabaran bergelar anak seni,” katanya ketika menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan menyokong minat anaknya itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena persembahan eksklusif ‘A Night To Remember’ Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Tambah penyanyi berusia 43 tahun itu, dia akan berasa lebih gembira sekiranya anak perempuannya itu tidak memilih untuk menjadi seorang seniman.

“Bakat itu adalah anugerah Allah, seperti saya sendiri yang menerimanya daripada ibu saya, tinggal lagi apakah pilihan dirinya sendiri, sebagai ibu bapa saya perlu sokong cuma dia ada pilihan sendiri apabila dewasa nanti.

“Sebagai ibu saya juga berasa risau sama ada dia mampu ke tidak (berjaya dalam bidang seni), sama ada dia akan hanyut atau tidak, ini adalah kerosakan saya sebagai ibu bapa, sama seperti yang ibu saya alami.

“Jadi saya lebih berasa gembira kalau dia memilih untuk menjadi seorang ahli politik atau lain-lain,” jelasnya.

Sejak kebelakangan ini, beberapa rakaman video menunjukkan Aafiyah mempamerkan bakat nyanyiannya tular di media sosial sehingga sehingga menyebabkan ramai pihak merasai kanak-kanak itu mahu mengikut jejak langkah ibunya. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR

BERITA BERKAITAN