fbpx

Siasat penyebaran laporan siasatan buku bekas Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tommy Thomas

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat penyebaran laporan siasatan terhadap buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang dimuat naik menerusi satu laman web.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Siasatan tersebut di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PDRM telah menerima satu laporan polis mengenai penyebaran laporan siasatan itu yang dimuat naik menerusi laman web www.malaysia-today.net bertajuk, ‘Rahsia: Laporan Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas, My Story: Justice In The Wilderness’.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengarahkan siasatan lanjut terhadap kemungkinan salah laku oleh Thomas, dilaksanakan dengan segera.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan dalam buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, sudah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Katanya, berdasarkan siasatan yang dibuat, pasukan itu mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku itu kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional dan kenyataan berbaur hasutan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI