fbpx

Mesyuarat UMNO malam ini bincang manifesto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamed Khaled ketika hadir di Menara Dato Onn sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Menara Dato Onn di sini bagi menghadiri mesyuarat bersama pucuk pimpinan tertinggi UMNO malam ini.

Beliau yang hadir kira-kira pukul 7.40 malam itu dipercayai akan berjumpa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan manifesto parti.

“Bukan mesyuarat ‘Top 5’, (ini) mesyuarat manifesto,” katanya ringkas ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, turut hadir pada mesyuarat tersebut iaitu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri mesyuarat bersama beberapa pemimpin tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau dipercayai sudah meninggalkan ibu pejabat UMNO itu kira-kira pukul 6.35 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI