fbpx

Mahkamah: Shafee sakit, bicara Najib ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Selasa depan bagi menyambung perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (IMDB) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan hari ini selepas peguam utama, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah diserang demam dan jangkitan tekak yang teruk.

Peguam Alaistair Brandah Norman memaklumkan, Muhammad Shafee yang mewakili bekas Perdana Menteri diberi cuti sakit selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad ini.

“Demam dan jangkitan tekak yang teruk menyukarkan beliau mengendalikan prosiding di mahkamah,” ujar Alaistair ketika memaklumkan perkembangan terkini peguam tersebut.

Peguam berkenaan turut memberitahu, pada Selasa depan, Muhammad Shafee tidak dapat hadir pada prosiding di sebelah pagi kerana turut terlibat dalam satu rayuan di Mahkamah Tinggi berlainan.

Menurut beliau, rayuan itu berkaitan satu kes tahun 1999 melibatkan Repco Low dan pihak pembelaan akan mengambil masa yang lama kerana mengemukakan enam alasan rayuan pada prosiding itu.

“Kami memohon pengurusan kes pada pukul 2.30 petang pada Selasa depan bagi memaklumkan perkembangan sama ada pihak pembelaan bersedia menyoal balas Bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang,” ujarnya.

Alaistair turut memaklumkan, pada Rabu depan pula, pasukan pembelaan turut terlibat dalam prosiding permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dijadualkan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh Najib semalam bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara Malaysia Isnin lalu yang tidak membenarkan beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalan berkata, pihaknya tiada bantahan terhadap sijil cuti sakit yang diberikan kepada Muhammad Shafee.

Hakim Collin bagaimanapun berkata, mahkamah tidak boleh lagi menangguhkan perbicaraan kerana kes ini telah lama tertangguh.

“Kita tidak boleh menunggu mahkamah itu, mahkamah ini kerana kita mempunyai komitmen untuk menyelesaikan perbicaraan ini,” ujar beliau.

Mahkamah sepatutnya menyambung prosiding soal balas terhadap Tek Kuang pada perbicaraan kes rasuah dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI