fbpx
MAHALINI RAHARJA

Mahalini Raharja ada cinta, ada segala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIGA glamor pucuk muda seberang berusia 22 tahun ini bermula cantik di landasan terbaik

Masakan tidak, selain dipinjamkan kemantapan vokal perjalanan seninya berbekalkan pakej lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semua itu, melancarkan laluan pemilik nama Mahalini Raharja itu mampu pergi jauh dalam industri.

Memberanikan diri menyahut cabaran dalam pertandingan berskala besar di negara kelahirannya, Indonesia Idol bagi musim kesepuluh tiga tahun lalu, itu langkah paling tepat untuk Mahalini mengejar cita-citanya menjadi penyanyi.

Ketika itu, usianya baru menginjak 19 tahun. Mahalini bersyukur walaupun perjuangannya tidak memulangkan gelaran juara, namun sekurang-kurangnya dia berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Bermula dari situlah, langkah demi langkah disusun Mahalini atau nama sebenarnya Ni Ketut Mahalini Ayu Raharja itu.

BEKAS peserta Indonesia Idol musim kesepuluh itu mengakui seakan-akan tidak percaya dengan pencapaian yang diraihnya kini.

Kian mekar

Waktu pantas bergulir, Mahalini kini menjadi antara penyanyi Indonesia yang kian mekar selain disebut-sebut dalam kalangan Budak Baru Nak Up (BBNU) di sana.

Seangkatan dengan bintang-bintang muda seperti Keisya Levronka, Tiara Anugerah dan Lyodra Ginting yang kian menempah nama, Mahalini antara yang menyerlah.

Sehingga kini, lebih 10 buah single pernah diluncurkan dan kebanyakan daripada buah tangannya, semuanya menjadi hit.

Bermula dengan hit Melawan Restu yang boleh dikatakan lagu ‘cari makan’, sampailah ke lagu terbaharunya yang turut digilai ramai, Sisa Rasa, Mahalini meletakkan pencapaian yang cukup bermakna untuk hayat kariernya.

Belum sempat peminat puas berkongsi rasa dan emosi dalam lagu tersebut, Mahalini muncul dengan lagu terbaharunya, Kisah Sempurna sekali gus sebagai buah tangan buat peminatnya tahun ini.

“Saya juga sebenarnya seakan-akan tidak percaya dengan perjalanan sebagai anak seni yang saya lalui hingga ke detik ini.

“Perjalanannya begitu pantas dan cepat sekali. Sebelum ini menyertai pertandingan, tetapi kini sudah menjadi penghibur dan bekerja di dunia nyata,” ujar Mahalini menerusi satu temu bual bersama media Indonesia.

PERIHAL cinta dan rasa, Mahalini sekali lagi mengakui bahagia menjalin cinta dengan kekasihnya, Rizky Febian sejak setahun lalu.

Cinta beza agama

Selain kisah karier yang sedang sukses, kehidupan peribadi penyanyi dan model berasal dari Bali itu tidak kurang indahnya.

Lebih setahun menyulam cinta bersama penyanyi terkenal, Rizky Febian, Mahalini dilihat begitu bahagia bersama kekasihnya itu.

Satu perkara yang membuktikan hubungan cinta mereka itu apabila Mahalini mengambil keputusan untuk berpindah ke Bandung Ogos lalu, benar-benar menarik perhatian ramai.

Dia seolah-olah memberi gambaran bakal melangsungkan pernikahan sekali gus hidup sebagai pasangan suami isteri bersama penyanyi yang sememangnya asal Bandung itu.

GRAF karier Mahalini tersusun cantik dari tahun ke tahun menerusi naskhah nyanyian yang jarang mengecewakan peminat.

“Semoga bertemu lagi dan selamat tinggal semua. Saya akan jadi orang Bandung tidak lama lagi,” titipnya ringkas dalam Instagram sekitar hujung Julai lalu.

Rata-rata netizen bersetuju dengan keputusan Mahalini dan menyifatkan pasangan itu benar-benar serius mahu melangkah ke fasa seterusnya.

Membuktikan cinta terhadap wanita kesayangannya itu, Rikzy, 24 yang bakal mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur 20 Oktober nanti sebelum ini turut pernah bertemu keluarga Mahalini di kediamannya.

Tidak berseorangan, pertemuan singkat dan penuh bermakna tersebut juga disertai kedua-dua ibu bapa Rizky yang turut berkesempatan bertemu dengan keluarga kekasihnya itu.

Meskipun berbeza agama, Rizky Islam, manakala Mahalini pula Hindu, percintaan mereka tetap diterima ramai peminat, termasuk keluarga kedua-dua pihak.

RIZKY dan Mahalini dilihat serius untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN