fbpx
KAKI dan lengan Sianene terpaksa dipotong. - obertdube_poet/CEN

Lelaki dibaham buaya selepas lari daripada gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARARE, Zimbabwe – Seorang lelaki di Zimbabwe kehilangan kaki dan lengannya akibat diserang seekor buaya selepas berjaya melarikan diri daripada serangan gajah, lapor akhbar The Sun, kelmarin. 

Winders Sianene, 42, terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada dipijak oleh kawanan gajah liar di barat Zimbabwe.

Malangnya, bapa kepada tiga anak itu sebaliknya diserang pula oleh buaya sehingga kaki dan lengannya putus.

Kejadian itu berlaku minggu lalu apabila Sianene didatangi lima ekor gajah ketika ingin memancing di Sungai Mlibizi.

Dia melompat ke dalam sungai dan cuba berenang melintasinya untuk melarikan diri daripada kawanan haiwan liar itu sebelum diserang oleh seekor buaya. 

Sianene kemudian melompat ke bahagian belakang buaya itu dan menunggangnya sebelum meletakkan tangannya ke dalam kerongkong repitilia tersebut untuk membuat ia tersedak. 

“Sianene dalam perjalanan ke Sungai Mlibizi apabila melihat gajah menyerbu ke arahnya. Ketika itulah dia mengambil keputusan untuk melarikan diri dan terjun ke dalam sungai.

“Dia dimasukkan ke Hospital Mpilo, barat daya Zimbabwe, manakala kaki dan lengannya telah dipotong,” kata saudara lelaki mangsa, Fanikiso Mkombwe. – Agensi

POPULAR