fbpx

Citaglobal meterai perjanjian eksklusif dengan Genetec

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Norza (dua dari kiri) bersama Kem Weng (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian kerjasama antara dua syarikat di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Citaglobal Berhad (Citaglobal) telah memeterai perjanjian kerjasama eksklusif  dengan Genetec Technology Berhad (Genetec), peneraju teknologi dalam menyediakan barisan pembuatan automasi kilang pintar sepenuhnya hari ini.

Kerjasama tersebut adalah untuk membangunkan sistem pengurusan storan tenaga bateri untuk menyimpan dan mengurus kuasa berlebihan semasa penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui.

Kedua-dua pihak akan memuktamadkan perjanjian dalam tempoh satu bulan dengan
lanjutan secara automatik selama satu bulan atau tempoh lanjutan sedemikian tidak lewat
daripada enam bulan dari tarikh perjanjian tersebut.

Perjanjian muktamad ini akan menyaksikan syarikat tujuan khas  yang akan  dibentuk berdasarkan pegangan saham 50:50 antara kedua-dua pihak.

Presiden dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kerjasama itu menandakan penyertaan Kumpulan dalam industri tenaga boleh diperbaharui, yang akan menjadi segmen pertumbuhan penting bagi Kumpulan bergerak ke hadapan.

“Dengan kepakaran Genetec dalam segmen kenderaan elektrik dan simpanan tenaga, di sokong oleh asas pelanggan ‘blue chip’ yang unik, kami yakin  akan dapat memainkan peranan utama dalam menghijaukan Malaysia.

“Pengurusan storan tenaga bateri hanyalah salah satu daripada segmen tenaga boleh
diperbaharui yang sedang kami teliti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, Pengarah Urusan Genetec, Chin Kem Weng menjelaskan, lebih daripada 25 tahun, Genetec telah menyediakan sistem dan peralatan perindustrian automatik termaju yang berkesan kos, tersuai, terkini kepada pelbagai sektor, terutamanya segmen teknologi, storan tenaga dan kenderaan elektrik.

“Penyimpanan tenaga adalah penting kepada perniagaan kami dan kami mengharapkan kerjasama berpotensi ini dengan Citaglobal dalam projek yang akan memainkan peranan dalam membangunkan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui negara,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI