fbpx

Waspada scammer rumah sewa sekitar UMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinasihatkan berwaspada dengan taktik penipuan yang menawarkan rumah sewa di sekitar kampus yang dipromosikan menerusi media sosial.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, pelajar perlu sentiasa peka dengan modus operandi yang dijalankan menerusi sindiket penipu dalam talian berkenaan.

“Isu ini timbul apabila ada pelajar yang akan mula kembali ke kampus sedang mencari rumah sewa bagi meneruskan kaedah pengajian secara bersemuka untuk pembukaan semester akan datang.

“Peluang seumpama inilah yang diambil sesetengah pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan.

“Oleh itu, saya meminta semua pelajar untuk merujuk Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar UMS bagi sebarang urusan berkaitan rumah sewa bagi mengelakkan penipuan seperti ini daripada terus berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! mendedahkan pelajar UMS yang mencari rumah sewa ditipu dengan jumlah kerugian mencecah RM30,000.

Ekoran kejadian itu, pihak UMS mengingatkan agar pelajar-pelajar yang mencari rumah sewa sendiri perlu terlebih dahulu membuat semakan dan memeriksa rumah yang bakal diduduki sebelum membuat bayaran deposit bagi mengelakkan penipuan berlaku.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI